Catatan

"THE ITALIAN KENCING JOB"

Imej
Saya nak cerita kisah 3 orang lelaki yang buat projek ala " The Italian Job"  gitu .  Cerita menarik ini diinspirasikan daripada kisah benar coz I am the nurse. Ada 3 orang lelaki yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan untuk masuk kerja. Saya gelarkan mereka dengan nama Adam, Bakar dan Daud (bukan nama sebenar). Untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, salah satu komponen dalam pemeriksaan ini ialah pemeriksaan air kencing untuk dadah dan mikroskopik iaitu termasuk darah dan protein dalam air kencing. Lelaki bertiga ini mungkin berasa takut dan bimbang. Manalah tahu, mungkin akan 'terkantoi' sekiranya air kencing mereka tiba-tiba positif bagi dadah. Tak merasalah akan bekerja dengan syarikat besar ini. Ketua mereka iaitu Adam mencadangkan agar mereka menggunakan air kencing Daud sahaja yang mukanya nampak lebih nampak 'jurus', kemudian dicampurkan dengan air paip untuk diserahkan kepada makmal. Oleh itu, Adam dan Bakar tidak perlu menye...

GEMPA BUMI PADANG MRA

Imej
Kami bertolak ke Padang Pariaman dari lapangan terbang LCCT dengan menaiki pesawat AK474 dengan membawa bersama bekalan ubat-ubatan.  Walaupun gempa baru sahaja melanda Padang, namun bilangan penumpang hampir memenuhi pesawat Airbus A320 itu.  Perjalanan udara ini tidaklah begitu meletihkan kami kerana ia hanya memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan.  Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau tepat jam 4:30 petang waktu tempatan. bersama team pertama yang tiba sehari selepas gempa bumi di padang Gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang menggegarkan Sumatera Barat khususnya di kawasan Padang Pariaman telah mengorbankan hampir 1200 jiwa rakyat Indonesia dan 3000 mangsa masih gagal dijumpai.  Dikala negara yang mempunyai majoriti umat Islam paling ramai di dunia masih lagi dalam suasana  meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri, kegembiraan sambutan lebaran tersebut bagaikan disentap secara tiba-tiba.  Kejadian gempa yang berl...

HAJI 2008

Imej
Alhamdulillah 2008  hari tu aku pun dapat peluang pergi kesana tapi bukan menunaikan haji cuma berpeluang bekerja di tanah arab Arab.dan di sana aku kenal teman teman dari negara luar seperti indonesia dan filiphina.semuanya baik baik sahaja.bersama rakan rakan dari malaysia bergambar.memori di abadikan . Pastinya tertanya bagaimana  cabaran bekerja di negara luar.sangat sangat luarbiasa dan penat tapi berbaloi.bukan wang jadi sasaran tapi pengalaman,kepenatan,kesusahan dan peluh keringat yang sangat mendewasakan...kerja disana amat penat kerana 12 jam bekerja tanpa rehat dan yang  terutama waktu puncak dimana para  jemaah menunaikan haji dan waktu wukuf di arafah....macam macam bunyi dan kesakitan yang kita dengar..dan teman teman di sana banyak membantu aku waktu dalam kesusahan mahupun waktu senang.masa ni kita tengah menunggu para jemaah yang sakit tenat atau jemaah tua yang tidak dapat berdaya.segalanya sibuk ,siren ambulan di luar meneriak kebisin...

ACCIDENT 2010

Imej
Pesta bola bermula.semua orang berlumba dari kerja, dok rilex di rumah dan tak kurang juga lepak di mamak stall.  aku pula on the way nak balik rumah...aku memang semenjak azali sangat menitik beratkan pemanduan berhemah..yelah sayang nyawa aku.  tetiba...weiiiiiiiiing.bunyi pecutan motor merempuh aku.rasa macam mimpi..rasa macam filem gengster apabila babak accident itu terjadi. sengal ku rasakan. Prap...mcm ranting patah kakiku.ya Allah pastinya ada sesuatu terjadi pada kakiku...ha sah..kakiku patah.kerana ketakutan mat rempit melarikan diri. takpalah aku pasrah dugaan allah swt.kerana dia...aku sakit bak kata doktor' sakit itu datang bagaikan ribut,sembuhnya pula macam semut' jadi pada Allah jugalah kita berserah Doa ketika ditimpa bencana Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan...