HAJI 2008
Alhamdulillah 2008 hari tu aku pun dapat peluang pergi kesana tapi bukan menunaikan haji cuma berpeluang bekerja di tanah arab Arab.dan di sana aku kenal teman teman dari negara luar seperti indonesia dan filiphina.semuanya baik baik sahaja.bersama rakan rakan dari malaysia bergambar.memori di abadikan .
Pastinya tertanya bagaimana cabaran bekerja di negara luar.sangat sangat luarbiasa dan penat tapi berbaloi.bukan wang jadi sasaran tapi pengalaman,kepenatan,kesusahan dan peluh keringat yang sangat mendewasakan...kerja disana amat penat kerana 12 jam bekerja tanpa rehat dan yang terutama waktu puncak dimana para jemaah menunaikan haji dan waktu wukuf di arafah....macam macam bunyi dan kesakitan yang kita dengar..dan teman teman di sana banyak membantu aku waktu dalam kesusahan mahupun waktu senang.masa ni kita tengah menunggu para jemaah yang sakit tenat atau jemaah tua yang tidak dapat berdaya.segalanya sibuk ,siren ambulan di luar meneriak kebisingan jeritan code blue, code blue... yang kuat kedengaran.
Di hospital inilah tempat. kami bertugas.oh ya lupa nak cerita kerja sudah ,makanan tak cerita lagi.
makanan sangat lazat macam kata anak saya" ibu.this it delicious..erm........." yang berumur 3 tahun lebih sekarang.kami juga tido di asrama.nak pegi spital jauh jugak lah lebih kurang 15 minit naik bas sekolah
Para jemaah dari serata dunia sedang melakukan solat dan ada yang mengaji al quran dan ada pula yang berehat kepenatan sementara kami bagai penjaga di setiap sudut ambulan kami serta pasukan team kecemasan bersedia untuk menabur bakti kepada semua jutaan jemaah haji waktu itu.ada para petugas yang mengeluh keletihan dan aku maseh lagi seronok dengan tugasan aku.takpalah kata hatiku 45 hari sahaja tugasnya lepas habis musim haji kerja macam biasa ada syift seterusnya dan ada day off. |
---|
inilah mina al jisr hospital tempat kami semua bertugas.dan kami juga bertugas di arafat hospital.nampak lenggang kan memanglah waktu ni para jemaah dah dipindahkan ke hospital besar makkah yang ada disekitarnya.bergambar dengan orang arab ni payah sikit nama semua sama ahmad ntah berapa ramai.
yang pakai baju putih tu khabarnya anak sultan.
bersama petugas dari mesir dan brother brother serta doktor..yang baju putih tu anak sultan katanya tp teman tk ambik autograph🤣
inilah saat gembira bercampur sedih .gembira kerana tugas kami dah pun selesai sedih kerana kami terpaksa pulang ke tanah air kami malaysia.kami semua berjalan jalan di sekitar kota makkah dan madinah.melawat semua masjid.berpeluang menunaikan ibadat tawaf di masjidil haram.menunaikan solat di masjid nabawi dan beberapa masjid di kota madinah.waktu ini aku merasakan badan aku ringan jauh dari segala masalah dan kesedihan...
Mungkin inilah hadiah terbesar yang aku terima dari allah swt yang penuh bermakna.Terima kasih Allah
Ulasan