SELAMAT HARI RAYA 2022

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas untuk detik ini dan semoga dapat meneruskan lagi ibadah puasa 6 syawal hingga ke akhirnya.


Tahun ini jugak dikejutkan dengan raya  mengejut.

Malam itu kita sefamili okay je,beli rendang esok makan nasi dengan pulut.Relax sudah..(Sebab esok baru nak balik kampung,balik lewat sebab tiket habis).


Balik sana tulatnya balik Langkawi..cadangnya nak ke paradise tapi kereta pulak rosak nak kejar masa takut tkdan..so plan cancel.Tapi takpe kita beraya 5 buah rumah sampai perut pun dah sebu. Badan pun penat tido ajelh..


Disebabkan tak jangka tiket balik ke Kuala Perlis habis jadi kene u-turn ke jeti Kuala Kedah.(masa dok bagan serai selalu ikut sini).

Dari situ kita ambik komuter dari Alor Star ke Kodiang pusing semula ke Changloon


Adventure tak?..ye

Seronok?..ye

Penat?..ye

Marah?..Tidak.Kerana Allah dah aturkan elok elok untuk hambanya.


Aktiviti malam raya memasak rendang  mengacau dodol dan membakar lemang di petang raya semuanya sudah berlalu.Sudah pastinya Gen Z tidak merasainya.


Paling best dapat pusing-pusing kampung dengan sepupu, tidur melambak di ruang tamu sambil menonton televisyen dan berbual sehingga larut malam.


Tapi paling ditunggu-tunggu setiap kali hari raya adalah aktiviti mengutip dan memberi duit raya walaupun singgit. Rindu budak budak datang rumah.. 


"Sesiapa yang menjamu makan seorang Mukmin sehingga mengenyangkannya daripada lapar, maka Allah akan memasukkannya ke sebuah pintu syurga (yang khas). Tiada yang memasukinya melainkan orang sepertinya." (Hadis  Riwayat al-Tabarani)


Hmm.


Mari meriahkan Syawal sambil kita lebihkan kebijaksanaan dalam pertimbangan menjaga hati dan perasaan .Walaupun raya ni untuk suka dan gembira, kalau tak kena gaya, boleh muncung mulut sehasta. 


Salam Aidilfitri.

Maaf Zahir Dan Batin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAKIT JANTUNG

SELAMAT HARI JURURAWAT 2022

GEMPA BUMI DI PADANG