Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

MRA charity di padang indonesia 2010

Imej
Kami bertolak ke Padang Pariaman dari lapangan terbang LCCT dengan menaiki pesawat AK474 dengan membawa bersama bekalan ubat-ubatan.  Walaupun gempa baru sahaja melanda Padang, namun bilangan penumpang hampir memenuhi pesawat Airbus A320 itu.  Perjalanan udara ini tidaklah begitu meletihkan kami kerana ia hanya memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan.  Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau tepat jam 4:30 petang waktu tempatan.

Gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang menggegarkan Sumatera Barat khususnya di kawasan Padang Pariaman telah mengorbankan hampir 1200 jiwa rakyat Indonesia dan 3000 mangsa masih gagal dijumpai.  Dikala negara yang mempunyai majoriti umat Islam paling ramai di dunia masih lagi dalam suasana  meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri, kegembiraan sambutan lebaran tersebut bagaikan disentap secara tiba-tiba.  Kejadian gempa yang berlaku pada 10 syawal iaitu pada 30 September telah meranapkan rumah kediaman, hospital, pejabat kerajaa…