Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

"The Italian Kencing Job"

Imej
Salam...

Saya nak cerita kisah 3 orang lelaki yang buat projek ala "The Italian Job" gitu. Cerita menarik ini diinspirasikan daripada kisah benar.


Ada 3 orang lelaki yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan untuk masuk kerja. Saya gelarkan mereka dengan nama Adam, Bakar dan Daud (bukan nama sebenar).

Untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, salah satu komponen dalam pemeriksaan ini ialah pemeriksaan air kencing untuk dadah dan mikroskopik iaitu termasuk darah dan protein dalam air kencing.

Lelaki bertiga ini mungkin berasa takut dan bimbang. Manalah tahu, mungkin akan 'terkantoi' sekiranya air kencing mereka tiba-tiba positif bagi dadah. Tak merasalah akan bekerja dengan syarikat besar ini.

Ketua mereka iaitu Adam mencadangkan agar mereka menggunakan air kencing Daud sahaja yang mukanya nampak lebih nampak 'jurus', kemudian dicampurkan dengan air paip untuk diserahkan kepada makmal. Oleh itu, Adam dan Bakar tidak perlu menyerahkan air kencing mereka. Lebih s…