Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

ABANG IPAR SAKIT JANTUNG

Imej
Setiakawan mudah dibentuk tatkala waktu senang - ada duit belanja bersama, ada masa membuat aktiviti bersama, ada makan nikmati bersama, ada pengalaman menarik kongsi bersama.

Nilai setiakawan jarang dapat diuji tatkala waktu senang. Kerana di waktu senang, faktor tanggungjawab dan kesetiaan tidak memainkan apa-apa faktor penting.

Samada setiakawan ikhlas atau pun hanya dapat diuji tatkala waktu susah. Di waktu susah ini, kita dapat melihat dengan hati (bukan dengan mata), samada seseorang itu betul ialah kawan, atau hanyalah sekadar kenalan.

Sebab itu, ramai yg akur bahawa kenalan ramai, sahabat kurang - kerana di waktu susah, hanya sebilangan sahabat sahaja datang dan sanggup menanggung beban bersama.

Bila dah terjumpa sahabat pada waktu susah, peganglah setiakawan itu dengan rapi kerana ia mutiara yang susah dijumpa dalam kehidupan.

Ingatlah, ini adalah antara kebaikan waktu susah yang diuji pada kita oleh Allah. Setiap yang terjadi ada sebabnya.

Ada yang fokus mencari punca masalah, ada…