"THE ITALIAN KENCING JOB"
Saya nak cerita kisah 3 orang lelaki yang buat projek ala "The Italian Job" gitu. Cerita menarik ini diinspirasikan daripada kisah benar coz I am the nurse.
Ada 3 orang lelaki yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan untuk masuk kerja. Saya gelarkan mereka dengan nama Adam, Bakar dan Daud (bukan nama sebenar).
Untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, salah satu komponen dalam pemeriksaan ini ialah pemeriksaan air kencing untuk dadah dan mikroskopik iaitu termasuk darah dan protein dalam air kencing.
Lelaki bertiga ini mungkin berasa takut dan bimbang. Manalah tahu, mungkin akan 'terkantoi' sekiranya air kencing mereka tiba-tiba positif bagi dadah. Tak merasalah akan bekerja dengan syarikat besar ini.
Ketua mereka iaitu Adam mencadangkan agar mereka menggunakan air kencing Daud sahaja yang mukanya nampak lebih nampak 'jurus', kemudian dicampurkan dengan air paip untuk diserahkan kepada makmal. Oleh itu, Adam dan Bakar tidak perlu menyerahkan air kencing mereka. Lebih selamat fikir mereka.
Setelah nombor giliran mereka dipanggil, mereka pun menyusup masuk ke dalam tandas. Projek mereka ini berjalan tanpa dikesan oleh siapa-siapa.
Setelah 15 minit, keputusan makmal pun diserahkan kepada doktor.
Nama Adam dipanggil untuk masuk ke bilik doktor.
Setelah membuat pemeriksaan fizikal, doktor memberitahu, 'Adam, kencing awak ada darah. Nampaknya awak kena buat pemeriksaan kencing semula, selepas 5 hari.", kata doktor.
Adam terkejut, macam tak percaya. Mungkin dalam hatinya berkata, 'Eh, itu bukan kencing saya doktor, itu kencing si Daud!'... tapi mulutnya tak terluah... Maklumlah takut rahsia pecah..
'Cis!, Kena pula keluar duit lagi. Dah lah jauh..!', bentak hatinya.
Adam dan Daud berasal dari Melaka. Bakar pula berasal dari Johor. Nasib mereka dipertemukan semasa memohon pekerjaan di syarikat ini. Adam dan Daud mungkin sahabat baik jika dilihat dari perhubungan akrab mereka.
Mendapat berita dari Adam yang air kencingnya berdarah dan terpaksa pula menjalani ujian ulangan, perut Bakar menjadi kecut. Risaunya menjadi-jadi sehingga tidak tertahan-tahan. Bagaimana kalau pemeriksaan ni gagal?, fikirnya. Lagipun, Bakar berasal dari Johor, bukan sekapal dengan Adam dan Daud. Biar hilang kawan.. asalkan jangan hilang kerja, kata hatinya.
Perlahan-lahan si Bakar meninggalkan kawannya. Dia menghampiri jururawat bertugas.
"Akak... Akak.. boleh tak saya ulang pemeriksaan air kencing saya.. ?", tanya si Bakar kepada jururawat perlahan-lahan agar tidak didengari oleh sesiapa.
Jururawat menyambut, "Eh kan tadi dah ambil sampel air kencing? Keputusan pun dah dapat". Secara senyap-senyap, Bakar pun menceritakan peristiwa yang sebenarnya kepada jururawat. Jururawat pula memberitahu doktor bertugas.
Setelah diberitahu oleh jururawat, doktor pun meneliti semula keputusan air kencing Adam, Bakar dan Daud (daripada sampel yang ditipu). Kedua-dua air kencing Adam dan Daud ada darah. Manakala, keputusan air kencing Bakar adalah negatif, bermakna tiada darah pun. Air kencing Daud yang paling banyak darah.
Kemungkinan semasa Adam mendapat sampel air kencing yang diambil daripada Daud, jumlah air kencing yang dikongsi dengan Adam lebih banyak sedangkan kepada si Bakar pula sangat sedikit. Setelah dicampur dengan air, sampel kencing Bakar menjadi terlalu cair dan mesin tidak dapat membaca jumlah bacaan darah yang terlalu sedikit. Oleh itu, keputusan Bakar direkod sebagai normal.
Sekiranya si Bakar tidak memberitahu yang dia telah menipu sampel kencing, sesiapa pun tidak tahu dia menipu. Rahsia oleh ketiga-tiga manusia pula tidak akan terbongkar.
Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya, terpaksalah si Adam dan Daud datang ke Kuala Lumpur semula semata-mata untuk membuat pemeriksaan air kencing mereka. Itulah cerita The Italian Kencing Job yang tak menjadi...
Senyum selalu...

Ulasan