Anak ku
Terima kasih atas semua yang telah kamu berikan pada ibu, anakku sayang. Kamu punya tuntutan, ibupun juga demikian. Namun ibu merasa tidak tahu mengisi berapa harga yang patut untuk tuntutan ini.
Untuk pembelian makanan berzat selama kamu di dalam kandungan: "percuma"
Untuk sembilan bulan ibu mengandungmu: "percuma"
Untuk belanja bersalin ditambah belanja kesakitan melahirkanmu : "percuma"
Untuk setiap malam ibu menemani kamu: "percuma"
Untuk semua saat susah dan air mata dalam mengurus kamu : "percuma"
Untuk membawamu ke doktor dan mengubati ketika kamu sakit serta mendo'akanmu: "percuma"
Untuk setiap titik Air susu ibu: "percuma"
Untuk belanja sekolah, makan, tempat tinggal untukmu: "percuma"
Untuk belanja mendidikmu hingga kamu dewasa dan berjaya: "percuma"
Untuk Mengasihimu selamanya : "percuma"
Anakku… dan kalau kamu menjumlahkan semuanya
akan kamu dapati bahawa harga kasih sayang ibu adalah "PERCUMA...!!"
Ibu cuma berikhlas anakku...Ibu serahkan semua ini sebagai warisan untukmu, sebagai pengganti belanja pengubatan ibu.
Maaf ibu tidak boleh memberimu lebih banyak tapi inilah kasih sayang buat mu 😘
Ulasan