AYAH

 Kadang² terfikir bila anak aku berhadapan dengan rakan² sekolah nanti. Bila dalam kelas, cikgu mesti ada tanya...


Ina.. ayah kamu kerja apa? 

Ayah saya engineer cikgu! 


Samad... ayah kamu kerja apa?

Ayah saya kerja bank cikgu!


Ahmad..ayah kamu kerja apa?

Ayah saya berniaga pasar malam cikgu!!

....


Malu tak anak aku nanti, ayahnya seorang peniaga pasar malam yg menjual air balang sahaja😭.


Sambil menulis ni, bergenang air mataku. Ayah tidak memilih kerja ini, tapi ayah yang memilih punca rezeki utk kita sekeluarga. Ya! Dulu kerja ayah dipejabat, berhawa dingin. Masuk jam 8 pagi pulang jam 5 petang. Pakai baju lawa2. Smart2. Cantik2 siap bertali leher. 


Semua itu menjadi keinginan semua orang. Semua orang tidak mahu kerja angkat barang yang berat2! Semua orang tidak mahu bekerja di tengah panas! Taknak bekerja lebih masa. Cuma mahu duduk di kerusi goyang yang empuk saja. Tapi mahukan gaji ribuan setiap bulan... 


Ayah? Ayah hanya lakukan semua kerja yang tak semua orang mahu lakukan. Biarpun berat, biarpun panas, ayah tetap akan lakukan demi anak² ayah.. ayah harap anak² ayah faham dengan apa yang ayah buat sekarang.

Copy and paste 😂

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAKIT JANTUNG

GEMPA BUMI DI PADANG

AL FATIHAH 2023