SELAMAT HARI JURURAWAT 2022

Happy Nurses Day to Me ❤️😘

Alhamdulillah hari ni pesakit saya hulur RM 50 katanya utk celebrate raya dan disertakan ucapan nurses day.Sy menolak rasa macam tak sesuai tapi bijik mata juling jugak tgk duit tu..hahaha lawak aja.🤣  

Semoga pemberi sihat selalu diberikan kesihatan yg baik dan panjang umur.Jangan main main bila Mat Saleh masuk hospital ramai dh pandai ckp MELAYU..☺️


Syukur kehadrat ilahi Allah telah membuka jalan untuk menjadi seorang nurse.

Sy ingat lagi kali pertama cuci taik pesakit..seminggu tak makan sbb pikir kan baunya rupanya tapi lepas sekian lama lepas cuci berak terus makan.eh..?sy basuh tangan tak?🤣


Apa yang pasti kerjaya ini bukan calang-calang yang mampu menyandang tugas sedemikian diherdik dimaki dipuji malah mungkin ada yg pandang hina..Al maklumlah bagi mereka nurse hanya kerja cuci berak aje..jangan ye Makcik nanti sy buat rendang daging Makcik tu🤤


Jadi jururawat ni bukan macam drama dik melawa je kojernya pastu ikut doktor jalan sambil pegang fail angguk angguk geleng geleng ..Salah besar tu..

Jadi jururawat ni berbeza dari apa yang ditontonkan dalam drama .


Waktu datang kes-kes kecemasan, nak duduk pun tak dapat, nak minum pun jangan harap..kadang kencing pun tak sempat apatah lagi kalau cirit waktu tu..nahas.. Takde drama kenyit mata kat doktor hensem pastu ko kawin dgn dia atau kat waris yang boleh buat ovari  ko meletup atau tulang rusuk ko bergegar. Nehi!!!


 Jadi jururawat ni bukan takat cuci najis seperti orang cakap.

Jadi jururawat ni tugasnya besar.( JD lain buat lain.. JD tu job description)


Kitalah jururawat, kita juga tukang paip, tandas kotor pun kita.kita kaunter pertanyaan, kita Cikgu kita juga penasihat dan kita juga kaunter aduan. Dari punch in sampai punch out, ada je kerja nak buat bukan setakat duduk kaunter layan tiktok atau belek buku Avon..ada jugalah masa kadang kadang tapi bukan selalu.


Jadi jururawat ni takat sijil je.

Ada bidang lanjutan nye.  Ada hierarki pendidikan dalam kejururawatan. 


Jadi jururawat ni jangan mimpi nak cuti hujung minggu, jangan mimpi nak cuti raya setiap tahun. Jadi, sebelum nikah nanti pastikan pasangan faham bukannya buat muka bila pasangan kena kerja hujung minggu, bila pasangan kena kerja pada hari raya.  Hospital tak tutup dik.Hari hari org masuk sakit🥺


 Jadi jururawat takda pakai cable.

Tak kira pakai cable apa exam kene jawab.Lesen kena renew setiap tahun sama macam lesen kereta. 


Jadi, sebelum jadi jururawat, kena bersedia segala segi. Jadi jururawat ni akan buka minda dan buka mata kita betapa kecilnya pengetahuan kita tentang kehidupan. Dan kita akan belajar erti kehidupan, erti menghargai setiap saat yang ada bila kita lihat segala kesakitan, kehilangan orang yg dikasihi.


Ikhlas

Selamat Hari Jururawat 12 May 2022

Zai Lien

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAKIT JANTUNG

GEMPA BUMI DI PADANG

AL FATIHAH 2023